Wednesday, December 21, 2011

DI SINI SEGALANYA BERMULA.....

Hari pertama : Tiba di Kem Paya Pahlawan, bersiap sedia mendengar arahan seterusnya., (cek tak suka camping!! )

Ini nama dia TAMAN PERMAINAN., taw ka tak taw??

Tasik dia bes0w gila bes0w., aku kena berenang dalam tu., sebaek tak da buaya., buaya darat ada., HEHEHE

Ingat lagi kenangan cirit birit, jenuh pergi t0ilet makcik oihhh...

Ishh., muka BBNU ( budak baru nak up ) gilerrr., hehehe
Family MPD Aman Damai 2011/2012

Peace Yowww

Alhamdulillah....selesai sudah sesi mengekem kat USM niy.... Walaupun pada mulanya aku tak merelakan diri aku untuk terlibat dalam kem-kem niy, akhirnya aku sendiri rasa berat hati nak tinggalkan tempat tuu...banyak sangat kenangan tercetus., bahagia sangat dalam hati niy..(chewahhh....) hahahah....
Kem kali niy buat kat Paya Pahlawan , Kedah.
Sangat cantik tempat dia.,dikelilingi tasik....
Apa yg berbeza kem niy dgn kem-kem lain yg pernah aku j0in,kem niy sangat releks.,0verall ok la...Walaupun ada jugak beberapa kejadian yg wat kem niy tak bape nk perfect.
Pertama kali aku jejakkan kaki di Kem Paya Pahlawan niy aku rasa agak berat hati, sebab tak0wt 
kena buat aktiviti-aktiviti lasak yg sememangnya aku tak suka..hehehe..
tapi sebenarnya tak de p0wn.,
Kem Kom sangat sp0rting, enj0y la..aku enj0y kem niy..
Tambah-tambah plak kem niy aku tak 'kes0rangan'...
Kenangan yg paling aku tak dapat lupa, bila kami berdua-duaan di atas kayak..
Wah! So dramatik...hahahah!
Rasa macam tak nak balik p0n ada time tuhhh..
Malam nya pulak, night walk.,kahkahkah!
lagi best, bila ada s0rang niy yg berani sgt mulanya, last2 lari lintang pukang bila ternampak 
'hantu p0cong'..(hahahaha...actually tu hnyalah satu taktik pihak pngurusan nk menakutkan kami)
Tapi, syukur...lepas dah bertakut-takutan, kami beramai-ramai tidur sambil melihat bintang dilangit...
Bukan senang nak dapat kenangan ini, 
seriously aku cakap, sepanjang hid0p aku join kem,
Aku susah nak rapat dengan mana-mana individu yg baru aku kenal..
tapi kem niy.,kami mcm sebuah keluarga..
Aku b0leh melepak dgn exco-exco yg sebelum niy aku pernah bagi tanggapan negatif pada mereka..
Bila dah kenal,baru aku sedar..kita sebenarnya tak boleh meletakkan sebarang tanggapan terhadap orang yang kita tak kenal..
Banyak,banyak,banyak pengajaran yang aku dapat dari kem kali niy.,alhamdulillah..

Wednesday, December 14, 2011

HAMPA HATIKU.,

Keseorangan,..
ya.,itu yg aku rasai saat ini, hidup sendirian..
....kenapa baru hari ini aku sedar??
Aku sebenarnya tidak boleh hidup sendirian..aku memang perlu bergantung kpd seseorang yg brnama lelaki..
Seseorang yang mampu menjaga aku,mengambil berat tentangku..
mencintaiku,dan menyayangiku...
Hari ini aku keseorangan lagi.....setiap hari.,,
jejak langkah ku terasa sunyi...
aku berlalu dengan fikiran yg kosong.,
aku memandang sepi sekelilingku.,
Keseorangan aku disitu.,di kaki bukit,aku ditemani air mata yg tidak henti-henti mengalir..
Suatu ketika dulu, aku Pernah rasa bahagia...
Aku pernah miliki seorang insan yang begitu mengambil berat tentangku,
begitu mencintaiku, dan sanggup bekorban untuk ku...
tapi hari ini??
tidak... aku sedar aku tidak lagi rasa bahagia seperti dulu..
kesakitan,kepedihan, dan kelukaan..
Hati ini seolah-olah sedang berkecai.,remuk perlahan-lahan..
terlalu sakit....terlalu perit...aku kecewa
Apakah ini satu Karma buatku??
aku menolak cinta yang datang padaku.,
dan cinta yang aku harap-harapkan semakin menjauh dariku...
Cinta datang tanpa diundang, Cinta pergi tak dihalang.,

Ya Allah.....ampunilah hambamu ini.,sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa...yg tidak lari daripada melakukan kesalahan...

Sunday, December 11, 2011

OMBAK RINDU ...~~~~

TUHAN TOLONG LEMBUTKAN HATI DIA
UTK TERIMAKU SEADANYA..
KERNA KU TAK SANGGUP
KERNA KU TAK MAMPU
HIDUP TANPA DIA DISISIKU..

TUHAN AKU TAHU BANYAK DOSAKU..
HANYA INGAT KAMU KALA DUKAKU
NAMUN HANYA KAMU
YANG MAMPU MEMBUKA
PINTU HATINYA TUK CINTAKU....

MALAM......
KAU BAWALAH RINDUKU
UNTUK DIRINYA YANG JAUH DARIKU,
AGAR DIA TIDAK KESEPIAN
SELALU ADA RASA CINTA AGUNG....

HUJAN......
BAWA AIR MATAKU YANG MENGALIR
MEMBASUH LUKAKU
AGAR DIA TAHU KU TERSIKSA,
TANPA CINTA DIA,DIHATIKU.......

>>lirik lagi ombak rindu.,memang berombak-ombak rindu ku :) <<<<

Thursday, December 8, 2011

SEPI TANPA CINTA

Memang benar kata orang,'ikut hati mati,ikut rasa kita binasa'.. Seperti apa yang aku sedang alami sekarang niy, membuat aku kebingungan. Apakah aku kini berada dilandasan yang betul?? Tapi,mengapa hati aku tidak tenteram...seolah-olah ada sesuatu yang cuba aku sembunyikan. Ya! Aku cuba sembunyikan yang aku sebenarnya sedang dilanda gelora cinta...Aku....tlah jatuh cinta.. Namun, hati ini cuba menolak perasaan itu jauh-jauh.. Aku tidak  mahu terluka kerna nya lagi.. Entah la, bukan tidak ada insan yg bernama lelaki yg cuba mendekati aku, tapi aku tidak boleh menerima kehadiran mereka dalam hidup aku.. Setiap kali ditanya,aku pasti menjawab, aku tidak mahu ada komitmen.,belum bersedia.. hahaha.,jawapan yg agak klise.. Apakah aku ini seorang gadis yang tidak tahu bersyukur?? Sekurang-kurang nya masih ada yang mahukan aku.. Aaahhhh...! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Siapakah yang sebenarnya aku sedang nantikan????aku keliruuu...... Semoga suatu hari dia sedar kehadiran aku dihatinya..amin.....

Wednesday, December 7, 2011

MENGAPA HARUS ADA CINTA? .,,,,


Apakah yang dimaksudkan bercinta? Mengapa harus bercinta? Cinta itu banyak yang boleh didefinisikan tetapi secara umumnya ialah cinta itu adalah satu perasaan sayang dan kasih terhadap seseorang insan.
Cinta..

Wahai kaum hawa, bagi mereka yang berada di dalam lingkungan remaja, fikirlah sedalam-dalam mungkin untuk bercinta. Ingatlah bahawa anda mempunyai rakan-rakan anda di sekeliling anda. Berkawanlah dengan mereka dan habiskan masa dengan mereka . Yang pasti, selepas kahwin, masa itu akan menjadi singkat bersama kawan-kawan anda!
Wahai kaum hawa, anda mempunyai ibu bapa yang menyayangi anda. Bantulah dan jagalah mereka sementara anda belum berkahwin. Selepas berkahwin, masa anda dengan ibu bapa anda sedikit terhad kerana keutamaan perlu diberi kepada suami anda kelak!
Wahai kaum hawa, bersediakah anda jika anda ditinggalkan pasangan? Fikirkan pula kesanterhadap diri anda yang telah dilukai. Jika benar, dia sayangkan anda, dia akan berjumpa  dengan ibu bapa anda dan tidak akan menyentuh serta sanggup tunggu anda.

Wahai kaum hawa, sesungguhnya seorang lelaki itu seharusnya menghormati anda. Kaum 
hawa adalah perkara yang paling ajaib di dunia yang dicipta oleh ALLAH. Kaum hawa juga 
bukanlah mesin melahirkan manusia. Kasihanilah anak-anak yang dilahirkan didunia tanpa 
pintanya. Janganlah engkau bunuh dia….
Wahai kaum hawa yang dikasihi, dengarlah nasihat islam yang terakhir iaitu, carilah cinta itu melalui hati, bukan melalui paras rupa. Bersabarlah jika anda masih belum menemui cinta anda kerana cinta pertama itu lebih indah jika dibawa ke pelamin!
Cinta ALLAH itu hakiki, cinta manusia itu sementara!

CINTA LOKASI ??...

Dah lama rasanya aku tak mengupdate BLOG aku nie.,banyak benda yang aku terlepas nak cerita. Yang terbaru, kisah cinta aku, dengan seorang jejaka.. hehehe... Relexs..,bukan cinta betul-betul p0n.. Sekadar cinta berdasarkan watak dalam fiLem yang kami lakonkan.. Sebenarnya baru-baru niy, aku ada terlibat dgn penggambaran filem pendek, bersama beberapa orang lagi pelakon lain. Aku sendiri tidak menyangka aku sebenarnya boleh berlakon.. Pada mula nya aku agak kekok.,tapi,lama kelamaan, bila dah serasi dengan pelakon-pelakon lain, baru aku sedar, lakonan ini tidaklah sesukar mana p0n., yg penting kita kena menjiwai watak yg diberi. Watak aku dalam cerita tu,Melor.,aku memegang watak seorang isteri kepada Mat Kilau, seorang pejuang/pahlawan melayu,.. Watak aku agak mencabar, apabila aku perlu menjadi seorang isteri,yg terpaksa mengharungi cabaran bersama-sama suaminya, yg difitnah oleh pihak British, sehingga akhirnya, dia terpaksa berpisah dengan suaminya,kerana suaminya ingin menyelamatkan diri drpd serangan orang kampung.. Ada scene aku terpaksa mengalirkan air mata, tetapi air mata tak nak jugak keluar2..hahahah... nasib la kan.... cabaran utama aku nak berlakon niy,muka aku yg suka tersenyum. Watak tu,aku kena serius,tapi muka aku senyum... Nasib la...hahahhaa... 

Thursday, October 13, 2011

CINTA DATANG LAGI??...

Cinta>>>;mudah datang mudah juga pergi... dah lama aku tak berbicara mengenainya. Bila aku mula berbicara tentang Cinta, hati aku mula berdegup kencang..fikiranku merawang entah kemana.,memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.. Entah kenapa, semakin aku dekat dengan Cinta, semakin aku rasa ia menjauh dariku...(wah! dah macam hip0tesis pulak..hehehe) Mungkin juga aku takut untuk kembali mendekati Cinta, kerana kisah lalu ku tentangnya.. (banyak la pulak cintanya.,huhuhuuu) .. Bukan aku menidakkan perasaanku, cuma yang aku rasakan yang terbaik, biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Aku juga Rindu. Rindu ingin merasakan kemanisan dan keasyikan saat-saat perCintaan.. Aku sendiri belum pasti dengan perasaan ku., Apa yang aku nantikan, suatu hari akan ada seorang lelaki yang mampu membuat aku jatuh cinta lagi kepadanya.. Bukan sekadar Cinta kerana asmara dan ghairah. Tetapi, Cinta... yang datang tulus dari hati, mampu menerimaku siapa jua diriku, seadanya aku.. setia menemaniku, tatkala susah mahupun senangku.. Bukan aku pinta Cinta yg Sempurna dari seorang lelaki, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Aku jua begitu.. Yg aku pinta hanya lah keikhlasan hatinya, menCintaiku, seperti mana aku menCintainya...

Wednesday, September 28, 2011

BUKAN CINTA BIASA


Apabila bicara tentang cinta, semua orang kata TAHU. Walhal masih ramai yang cetek tentang CINTA. Diri sendiri berada diawangan dan delima antara tuntutan perasaan, keluarga atau nafsu.

Apakah yang maksudkan dengan CINTA ?

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.

Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks  cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.

Kata pujangga Shakespeare :
"Cinta dapat menjelmakan haiwan menjadi manusia dan manusia menjadi haiwan".

Demikianlah besar dan hebatnya pengaruh cinta dalam emosi manusia. Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta Itu Buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk celaru.

Cinta Buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu TIDAK SAMA dengan cinta terhadap Allah.

Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu. Yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri.


Jenis-Jenis Cinta

1) Cinta Sayang
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.

2) Cinta Buta
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3) Cinta Simpati
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4) Cinta Paras Rupa
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5) Cinta Romantik
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.

6) Cinta Nafsu
Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk  menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.

7) Cinta materialistik
Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

8) Cinta Biasan
Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.

9) Cinta Kecundang
Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional.  Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.

10) Cinta Sempurna
cintakan persahabatan

kenangan yang dicipta menjadi pengikat kasih sayang antara satu sama lain...

apa yang penting! kerjasama!hahaha...tak da kena mengena p0n!
Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.

Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.

Sunday, September 25, 2011

siaraya @ c0nvex 2011

gadis-gadis c0meL siaraya@c0nv0, org penang ada,org perak ada, org sabah ada..terbaik w0k......
bersama-sama KJ , mt c0nvex, serta penyelaras2 jabatan  siaraya
wah! mesra gituuuu.......
aktiviti yg tak ada dalam list...hahaha..pagi sume marah2,tapi lepas tu sume have fun!kan?
yeah! f0r sure segalanya sudah p0n berakhir semalam...banyak kenangan tercetus gara-gara c0nvex,event pertama yg aku j0int kat usM.. best lar,dapat kwn-kwn baru, mcm fiqa,sierra,lina,yanie, mei fam,sunny, kak yana, kak shasha, kak sherra, kuch0i,najia,adam,j0hn,syaber,ping s0on,die, sape g erk aku tak sebut??ahh.,lupa plak kat wan,saiful,and the m0st imp0rtant pers0n in siaraya, mr.hanif...tak dinafikan, banyak benda yg aku belajar dari event nie. .bkn sekadar menambah pengalaman tapi aku jugak dapat rasakan hubungan yg terjalin,antara kami,yg pada mulanya masing-masing tak kenal p0n satu sama lain.,ofc0urse la bagi budak2 1st year kan??tapi,akhirnya kami semua dah jadi macam 1 famly.,aku respect gan barisan pimpinan siaraya, sgt sp0rting, dan jugak very supp0rtive. aku sendiri asa mcm kehilangan sejak c0nvex berakhir semalam. pagi tadi bangun je dari tid0w, aku teringat hari2 aku bangun awal pagi, bjalan ke tapak eksp0 s0rang2, duduk kat sana sampai petang...sedih gak arr bila tak dapat buat bising gan kgkwan agy..hee..hee..hee..

Thursday, September 22, 2011

MATA,HATI & JIWA Part 1

pelik kan tetibe jew kuar tajuk mata,hati, jiwa nie.??..bkn nya aku nk masukkan lagu kat sini.,tapi aku nk luah'kan apa yg tersihat dan tersurat yg berlaku pada diri aku sebenar nya... beberapa hari nie aku telah terlibat dgn 1 pr0gram, kat kampus,memang tak dinafikan,pr0gram nie memang best..aku enj0y dengan event nie.. tapi tu la,di sebalik kegembiraan ,,ada juga kesedihan & kesentapan yg berlaku.. best nye sebab aku dapat berkenalan rapat dgn seni0r2 yg sememangnya sp0rting,  selalu je beri peluang kat kit0rang, sesetengah nya nmpak excited bet0l nk rapat2 lagi gan kami juni0r2.. hari nie ,aku diberi peluang menjadi juruacara majlis.. memang cabaran besar.,sebab aku memang tak ada persiapan , persediaan langsung.. pagi tadi bangun je tidow, aku dapat mesej dari s0rang kwn, cakap yg aku kena jadi mc brsama2 2 org lagi teman. .mula tu memang arr aku agak nerv0us sebab aku tak pernah ,j0in event yg aku kena cakap secara sp0ntan..selalu nya law aku jdi mc p0n utk acara yg lebih f0rmal,yg ada skrip,..yg nie memang bet0l2 menduga kecerdasan 0tak, dan juga keberanian diri aku.. sehingga pada saat akhir aku memilih untuk men0lak tepi suma ketakutan yg ada dlm diri aku,& cuba menyahut cabaran ini.. ..alhamdulillah, walaupun dlm keadaan yg kurang sihat, (tekak aku perit, bdan aku panas,demam actually) tapi aku j0in gak event nie bub aku tak nak kecewa kan seni0r2 aku.. bub aku tawu, di0rang dah bersusah payah utk event nie sebenar nya.. pertama kali aku berdiri di atas pentas , tangan aku terketar2 macam org ada parkins0n, tapi lastly aku bleh jgk pegang mic ... actually sepanjang pr0gram yg berlangsung tadi,smua nya berjalan lancar., sehingga acara penutup, ..

Wednesday, September 14, 2011

keSiBuKan kEbingUNgan

begini la agak nya kehidupan di universiti,semenjak hari pertama aku di sini,ada saja aktiviti yg di buat.. alhamdulillah.. aku dpt hadapi semua dgn tenang. buat masa nie tak da la nk mngamuk agy kan......hehehe... hari ni masuk hari ke-9 aku di usm. tugas makin banyak,tambahan plak semenjak aku join c0nvex usm.. dari awal2 pagi lagi,aku dh kuar g dewan kuliah,yg sepatutnya mula kul 10 aku pergi kul 9pagi..hehe..maklum la awal pagi still mamun(kurang kesedaran lepas bangun dari tidur), lepas tu aku g blik lec, atur jdual utk tutorial, g kuliah agy..petang plak ada meeting,.. smpai mkn p0n tak sempat. perot aku smpai berlagu macam2 lagu dah,agak nye dah bape kilo berat aku turun erkk??h0pefully banyak la..haha!dijadikan 1 cerita,lepas meeting ptg tuu aku nak balik h0stel nk mkan,naik la bas,malang giler l0ceng bas tu tak function,terus je dia jln sampai Dwn Utama Plajar. kat sana jumpa mmber yg nak g klas utk mlm plak. .kbetulan aku p0n nk j0in klas tu,tpaksa la aku mnahan lapar dan dahaga sbab kbnyakan kdai mkn dh ttup bila mlm.. lpas kuliah baru aku jumpa kdai jual r0ti.,dpt jugak aku melapik per0t ku yg sudah bker0nc0ng tahap cipan nie..sbb aku nk 0tw g meeting agy lepas tuu..dh sttle suma baru la aku dpt mkn nasi... lega betoiii...hehehe.. ermm... es0wk ada Kempen Derma Darah plak..awal2 pagi lgi aku nk kena bangun. baik aku g tidow dulu...bub dh bape hari aku tak cukup tidow nie...bak kata s0rang br0ther nie,mata aku dh mcm mata panda...haha! thank y0u bc0z telling me this..law tak sampai bila p0n d0k tak tawu ..

Saturday, September 10, 2011

AKU SISWI

alhamdulillah...syukur sgt2 setelah pelbagai duri ranjau.,halangan bertubi2 menimpa diriku,kini aku sudah bebas...aku sudah bgelar se0rang mahasiswa,di sebuah univrsiti yg ckup indah...lagi Aman Damai(nama hostel yg aku dok)...hahaha...mas0k hari nie.,campur,t0lak drb bhagi,aku dh 6 hari kat US m nie...perghhhh..,, awal2 nie memang arr.,mana2 p0n letih kan..tapi best! aku xm0 mrungut bnyk2,bub aku taw,aku dh dpt tmpat yg terbaik di mlaysia nihh..sejak mula masuk,smpai hari ni,stiap hari waktu kmi sntiasa dipenuhi dgn plbagai aktviti..pagi dgr tklimat,tgh hari tklimat,ptg tklimat,mlm....tklimat....tghmlm ...tklimat....mmg agak rushing,dgn jauh nye nk ke ssuatu tmpat tuu,tuhan saje yg tahu...sakit lutut mkcik.. tp dh lama2 asa ok la..cuma cair sikit bedak yg di pakai..hehehe...ape p0n,fara gan bedak ttp xdpt di pisah kn nuh?? wtvr....bnyk jugak pngalaman yg aku dpt slama 6 hari nie.,dpt kenal kwn2 baru,dri plbagai plos0k ngara,mcm2 budaya ada,mcm2 prangai,peel, yg kdg2 asa bleh trima,kdg2 asa xbleh trima dek akal....tp apa b0leh buat,org kata,Tak Kenal ,Maka Tak Cinta... humm.,,ntah knp,sejak mnjejakkan kaki kat menara gading nie,kaki aku trasa g0yah....g0yah,bnyk sgt aku ase mjadi halangan...xtawu la,sama ada aku ni tak0t, xdak kyakinan diri atau aku mmg sbnar nya xlyak brada di sni??ahhhh....semua nya baru bermula...kalow kita tahu kita ada di thp mana,faham2 sndiri la,dan mula bt prubahan...biar la apa pn pndangan org trhadap kita,aku tetap nk jadi diri aku... aku xbleh bt apa kalow org tak suka kn cara aku...huarghhhh.,ngant0k la...nk tidow arr...es0k ada prgram agy...daaa

Wednesday, August 31, 2011

LEBARAN PERTAMA

bersama ahli keluarga saya...

dari belakang sebelah kiri,abg wan,kak nurul,abg amir dan di hadapan aku dgn adik aku,ashraf
hari raya aidilfitri,hari pertama sudah berlalu...alhamdulillah,semua nya berjalan lancar....aku bangun lambat sket 8.30 baru bangun tidow,makna nya,xpergi semayang raya la aku....huhuhuh... tapi d0k umah p0n bukan buley relex2,kena wat keja jugak... menyeterika baju aku bpasang2...letih ohhh....hehehe... lepas suma ahli keluarga dh berkumpul,kitorang mula bermaaf-maafan.. selesai semua,kami bertolak ke rumah tok,dekat jew dari umah kami.,dlm 2 km... memang meriah la,ramai betol sedara yang datang... letih! bukan letih ape,letih makan jew la...heheheh.... bihun sup la,laksa la, ketupat tu wajib dh.,sampai sakit2 perot aku ...aduhhh...... !

Monday, August 29, 2011

eS0K rAYa dAh Weh!!!

pejam celik pejam celik,es0k dah raya! hurhhhh....macam2 dugaan berpuasa.,n the best is, sepanjang berpuasa macam2 penyakit dah singgah. aku p0n pelik.,,hari2 ada ja yg aku asa xsedap badan...asa sakit kepala la, sakit kaki la., sakit mata la, sakit perot xhenti2,sakit gigi la, sakit kr0ngkong la , sakit mulut la, n the latest aku asa sakit nak demam! tapi xpe la,mungkin tu suma dugaan utuk aku time puasa nie.... hummmmm..... dalam bersedih2 dgn keadaan aku yg sekejap2 sakit niy, aku asa happy sgt bub es0k dah raya! excited giler tgk umi wat ketupat....aku bkn xnak t0long,kecian g0p tgk umi sens0rang jer balut ketupat tuu...tapi,dah aku tak reti...nk buat cam mana...t0long p0n asyik kena marah je! baik tak yah t0long..hehehe... pagi2 lagi aku gann kak aku kuar g pekan cari santan. sampai beratur berjela2 nak beli santan p0n.,hadussss...sabar jew lh! walaup0n xbape nak sihat,tapi,hidup kena teruskan jgk.,raya tetap raya! hehehe....persiapan raya tahun nie ala kadar je la..nothing special...macam tahun2 lepas jgk arr.,,,tahun nie bajet bnyk lari bayar yuran blajar aku! xpe la...nk wat cam ner..dah nk blajar sgt kan....huhuhuuu....

Sunday, August 7, 2011

RAMADAN AL MUBARAK

alhamdulillah.,akhirnya bulan mulia bulan Ramadhan sudah p0n tiba.,dan hampir seminggu aku menjalani ibadah puasa..... mula2 rasa letih jugak la.,tapi bila dh lama,rasa makin letih pulak.heee...heee.... seperti tahun2 sebelumnya,bulan puasa aku penuhi dgn berbagai aktiviti yg berfaedah., eh,jgn tak percaya pulak. aku tolong umi wat kuih taw..... penat nya jgn cakap la.,asa macam nk teguk jer air dlm peti ais tu bila smpai jam 12 tgh ary.,tapi,nasib baik iman dlm dada ni masih kuat dan utuh,aku dapat jugak puasa penuh satu hari! hehehe.... hari menginjak hari.,aku rasa makin berdebar....bkn sebab ada org nk masuk minang aku,tapi,bila dihitung ditolak.,tinggal brapa hari lagi jer aku nk jejak kan kaki aku kat universiti.. happy la..,,tapi,takut pn ada... macam mana la agak nya bertemu dgn teman2 baru.. nmpak nya aku kena brsiap sedia dari segi mental dan fizikal. macam2 orang ada nanti.,h0pfully aku dapat la bersabar,dan xda perkara buruk yg brlaku..amin.... ermm,,.. persediaan nk masuk u.,buat masa ni aku aser.,50% baru.,bnyk benda agy tak lengkap. termasuk lah kepala otak aku nieh.,agak nya dah lama sgt aku tak baca buku.,dah masuk air 0tak aku ni,lembab je ase.,heehehe... whatever it is,hidup perlu diteruskan... apa pun dugaan yg mendatang,aku tetap perlu tempuhi...usm! wait 4 me.,im c0ming!!

Thursday, July 21, 2011

18 & 19 of JULY part 3 (last dah la)

dalam d0k kata nk kuar awal g cameron highland.,lambat jugak jadi nya..tapi xpa la..kami pn xkejar masa sgt..relek2 sudah.. gp0n.,bagi masa kat driver kita rest.,ciyan kat die...hukhuk! (alasan) hahaha... okeh.,pejalanan kami g cameron best gak la....cuaca pn baik je... dlm pejalanan tu heran gak la org d0k bgi lampu.,gat nape la kn,isaw gak.,upa nya kat depan ada eksiden...gulppp...jantung aku brdegup kncang.,dlm hati mintak doa kat tuhan prjalanan kami nk smpai cameron selamat..huhuuu... kul bapa kami smpai cameron xpasti la.,yg pasti.,bila smpai ja.,kami terus cari kedai mkn...lapar2....hahaha....breakfast dulu....bak kata s0rang brader nie(pecah laju)....hehehe...  pas dh mkn2.,kami g cari ladang teh gan strawberi...dapat gak aku lepas gian nk mkn strawberi...walaupun xpuas......huhuhuuu....xpe2....next time,ada lagi...hehe.. perjalanan balik????aduh.....xnak cita lah....xbaper nk happy ending...tapi....s0meone makes me happy xcually...:))) dah la...penat arhh menaip....huhuhuuuu....daaaa...muah!

18 & 19 of JULY part 2

huahhhh...buley tahan la h0tel yg kami stay..hrga p0n brpatutan.. smpai ja kat h0tel.,kami check in,aku terus cari katil..adusss...sakit badan tak kira pnya letih main air.. heheh.. sakit pala p0n mnyengat .. sempat kami rest dalam sejam,malam nya kami kuar.,jalan2 cari makan...lapar dow.... pas mkn kami r0und2 town ,heran bin ajaib arr.,town yg ku sangka penuh manusia pd waktu malam.,upanya hanya angan2.. s0rang manusia p0n aku susah nk jumpa.. pelik gak la..nama ja t0wn ip0n.,tapi.,bila malam mnjelma,ip0h se0lah2 dah mati...kedai2 tepi jln p0n tak buka..terbantut niat aku nk habis kan duit. s0.,malam tuu malam lepak melepak je la..tapi best jugak..dapat kenal2 gan kawan baru....:P hehehe..... lama 0hh kami b0rak...lbey kurang kul 1 pagi,bawu kami alek h0tel.,member suma dah letih...aku ja tak letih2...pelik bet0i arr...org suma dah tdow...aku bleh xtidow... smbil tgk jam.,kul 3 pagi.,kul 4 pagi.,kul 5 pagi...kul 6 pagii...aku sih tak buleh tidow.,last2 aku amek t0wel.,aku mandi...sedap giler mndi air pnas pagi2...kembang bulu2 aku..hahahha...lama gak aku mandi.,baru aku sedar kami nk bt0lak awl pagi tu bub nk g camer0n plak. member2 aku 2 ek0r g tu d0k mnger0h agy...cepat2 aku kuar t0ilet,kejut di0rang....

18 & 19 of JULY..part 1

syukran..syukran.. perancangan nk pergi jejalan gan member nmpk nya dah jadi kenyataan.. walau pun pada mula nya macam2 dugaan yg kami kena tempuhi,tp suma nya dah selesai.. kami suma happy dgn pcutian kami kali nie..harap2 ada lagi la event macam ni pas ni, and h0pfully,lebih ramai agy la yg j0in..the more the marrier kan.. nk citer tak erk kami nya pjalanan??hummm...cita p lah..hehek.. ok.,sbelum kami btolak 18hb tuu..,kami ada msalah gan kami nya transport...punya la susah nk sewa..2 ari ja pn..at last.,dpt jugak kami ambik keta tuu..pagi tuu aku mangkit awal gak la,nk siap kan suma brg2.,dan bekal kitorang.. dlm kul 10,keta p0n sampai depan umah aku...tapi...kami masih tak dapt btolak ke tempat yg hendak dituju bub keta buat hal..nk kena p check dulu kat bengkel..dekat bengkel tu je dh bape jam masa kami terbuang. ,pas dah settle hal keta.,kami p0n bt0lak ke tambun,dan sesampai nya kami kat sana......kami p0n masok... perghhhh.....mmg best...hilang suma tension2.. hilang suma ketakutan aku! hahaha... lama gak aku merapu gan mmber,sampai kembang jari aku brendam dlm air.. lbey kurg kul 6.,kmi pn kuar.,dan cari h0tel pnginapan. kami stay kat Paragon Hotel,dkat2 town Perak...

Saturday, July 16, 2011

JOM JALAN-JALAN

isnin nie aku gan member2 aku dah plan nk g jejalan...hehe.,drpd d0k umah.,baik aku join d0rg.,ckup ke.,xckup ke wet.,aku nk p jgk.. bila agy kan? kali nie ja aku nk kuar gan kgkwn aku p0n..pas nie tah jmpa.,ntah tak jumpa dah... plan nie dh lama sbenaq nya.. sejak skolah agy. juz time skolah.,besa la.,sibuk study(konon-konon nyer la......hehehhe) .. skunk nie dah free,bley la kuar.,lepak2  gan kwn.. ermmm...kitorang plan nk g bukit tambun..pas tu nk g cameron hgland.. nk mkn strawbery.. nyummm3...

AKU PENGANGGUR

heheheh...ser0nok betul.... lega gila bila dah benti keja nie..,ilang suma beban2 yg terpikul setelah sekian lama..  tapi ciyan gak arr tggal mber2 office. mintak2 lepa leh sabaq gan b0s pnya peel.. makin tua makin mnjadi plak aku ase skunk nie.,sbelum nie ok ja..ntah la.,mgkin tnsion kot pkeja diaa asyik benti..s0rang...s0rang...hehehehe... whatever it is.,hidup perlu diteruskan.... aku kena buat mcm2 benda agy lepas nie.. law aku tak benti.,pr0blem pulak. asyik nak mintak cuti.,agy tension bos aku..haha.. s0,lepas nie,hari2 aku kena penuh kan dgn aktviti b'faedah la kan..tak kan nk d0k umah saja bela badan....tak bleh...tak bleh.....

Sunday, July 10, 2011

WUJUD KE CINTA YANG SEMPURNA??..

bukan ape.,bila aku dengar lagu Yuna,Cinta Sempurna tu.,aku ase betul2 macam diri aku....aku serba kekurangan,siapa lh aku nk terima cinta sesorang laki yang baik,mcm dia.. bila kita dah dapat sesorang yang leh sempurna kan diri kita.,kita pulak yang tak sempurna.,terrrrr...lalu la banyak kekurangannya...sekarang nie aku banyak betul masa untuk aku pikir ape saje lah dosa2 yang dah aku buat...agak nya tak lama dh kot aku nk id0p kat dunia nie... humm...kekadang aku ase b0doh gak arr nape aku wat suma perkara b0doh macam tu..k0non nya tak nk kecewakan ati orang.,tapi aku sendiri yang kecewa...what g0es around,c0mes back around..hidup nie umpama r0da.,r0da kan bulat.,jadi dia sentiasa berpusing....kekadang kita di atas.,ada masa kita jatuh ke bawah... tapi tu la msalah nya,bila kita ada di atas,kita selalu lupa yang sampai satu masa,kita akan berada di bawah..betul...perkara ni yang sedang terjadi kepada diri aku kini.. Dan sekarang aku sedang cuba membina semula kekuatan diri aku, tanpa sesiapa di sisi aku...insyaallah.,semua nya akan aku lalui dengan tenang.... dan aku harap aku tak kan ulangi semua kesilapan diri yang pernah aku lakukan dulu..amin.....

PERSAHABATAN

dalam dunia persahabatan nie..,macam2 yg buleh jadi. .ada masa kita buley baik dgn sesorang.,dan ada masa org yang baik dengan kita tu buley jadi musuh kita..hee..hee.... aku tak maksud kan sesape,tapi....aku rasa sedikit kesal dgn ape yg dah berlaku dalam hidup aku.. apa salah aku??dah memang sikap aku macam gini..sapa yang kenal aku,taw la perangai aku macam mana.. aku tawu kadang2 aku sendiri tak sedar yang aku dah lukakan hati kawan2 aku...tanpa ada niat. aku law buleh,nak sangat jaga hati kawan aku,tak maw la gaduh2 nie.. law buleh settle,aku nk settle... tapi tu la,hati orang sapa yang tawu...kawan yang kita anggap dh macam sedare,punya ngam dulu,tetiba dh jadi renggang... tak tawu pasal ape... aku nie selalu g0p tanya kabar die..tapi die tak de p0n nk tanya kabar aku.. aku tak kisah, bub aku tawu keja die mang tak da masa nk mesej tanya2 kabar nie...aku p0n keje jugak.,tapi mber2 aku tak lupa... kalau pasal lelaki kta nk bergad0h,tu bukan farah la... aku rela hilang lelaki yang aku tak brape kenal tu,daripada hilang sahabat. kalau "kawan" aku tu ada baca blog nie,aku nk minta maaf dekat die daru hujung rambut sampai hujung kaki..die lebih kenal sapa aku.. . .

Thursday, July 7, 2011

STUDY...STUDY...STUDY....

alhamdulillah...................
nampak nya impian aku nak masuk universiti tercapai jua....pertama skali.,aku nk bersyukur sangat2 kat allah bub bagi aku peluang nie..insyallah.,aku tak kan sia2 kan impian umi... setelah macam2 dugaan yang aku terpaksa tempuhi sepanjang exam stpm dulu.,hanya dengan berdoa setiap malam tanpa putus,doa umi, lah dapat menenangkan hati aku..dan alhamdulillah....aku berjaya jugak dapat result cemerlang. . aku nk thanks kat ex aku jgk.,bub masa aku kesusahan dulu.,dia la yang terus2an memberi sokongan kat aku.....sepatutnya waktu2 cam nie,aku gan dia leh la bbhagia kan...hurmmm...dah3!!!
0k! ermm....aku dah diterima masuk ke usm..memang cita-cita aku la...dapat pulak jurusan yang memang dah lama aku minat...komunikasi. heran jugak napa aku minat jurusan nie.,tapi,aku taw,nie la masa depan aku...h0pe aku leh berjaya satu masa nanti....
dalam happy2 nie.,takot p0n ada jugak.,aku tak besa jauh dari famli.,walau p0n tak jauh mana kan,over the sea jer...tapi...nak kenal kawan2 baru plak...ades...tension....tension.....

KISAH AKU BECOMING A SINGLE GURL..

aduhhhhh.....sengal gila.....b0sanggg siot...!! macam nie asa nya single nuh..memang arr aku ada gak bbrapa kawan laki skunk nie...tapi.,setakat kawan je la kan??..xdew dah yang nk amek berat sal kita,tanya kita mkn ta agy??mandi ta agy??dok buat ape tiap2 hari...humm...ntah la...mungkin aku ase tak yakin nk mulakan hubungan yang baru setelah beberapa percubaan aku menemui kegagalan,.sial!! sek0r2 tak guna.... suma nak amek kesempatan ja ,mentang2 kita kesunyian...tapi tak pa....tu org panggil pelajaran nama nya...tenkiw la kat sapa-sapa yang teach aku erkkk..jasamu dikenang...........

KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...