Saturday, May 12, 2012

KE PANGKUANMU


Duhai kekasihku,

Sungguh tak bisaku tanggung..
Keperitan kalbu sepermegianku dulu
Seandainya aku mampu mengundurkan waktu
Ingin sekali ku kembalikan detik itu..


Sekiranya cinta masih ada

Seandainya rindu masih setia
Izinkanlah ku kembali menghias hidupmu.. ooo..


Biarkan rembulan menyaksikannya

Biarkan hujan membasuh dosa
Nanti perlakukah terhadapmu oh kekasihku.. huuu

Hanya Tuhan bisa mengerti penyesalan diriku

Menghancurkan impianmu kekasihku.. ooo..


Dendam yang kau pendam, benamkanlah

Semoga berputik benih cinta
Telah pun ku menyesali kesilapanku.. ooo..


Dan malam-malamku kan gemerlaplah

Menerangi cinta dua insan
Meraikan kepulanganku ke pangkuanmu
Ke pangkuanmu.. Ke pangkuanmu.. Ke pangkuanmu…

TIPS CINTA BERGETAR


Sometimes, apabila kita sudah selalu bercinta, ada waktu kita dilamun cinta, ada pula yang mencintai kita, kadang lepas putus cinta terus saja jatuh cinta lagi… Kita rasa kita sudah kenal dan tahu tentang cinta. Tanpa ragu, kita rasa kita bijak bercinta.
Tetapi, apabila kita tersungkur dan terduduk dikecewakan cinta masa itulah kita mulai terfikir,

“Apa yang aku buat salah?… aku cintakan dia dan sayangkan dia seikhlas hati, tetapi mengapa dia tinggalkan aku?… mengapa dia curang?… mengapa dia menghilang?… mengapa dia tak jawab call tak balas message aku? mengapa dia kecewakan cinta suci aku? Mengapa? Mengapa?”

Jawapannya :-

1. Mungkin anda Terlalu mudah –
I sangat faham jika seseorang, wanita especially begitu mudah jatuh cinta dan memberi jiwa, raga dan akhirnya body… kepada lelaki yang telah lama menjadi idamannya. Because to her, inilah cintanya, inilah kasih dan sayangnya… dia mahu serahkan segala-gala kerana dia terlalu dan amat cintakan lelaki itu. Susah bila dah cinta ni… tetapi, to tell you all the truth… sekiranya begitulah caranya you all menunjukkan cinta, siapa pun akan cepat bosan! “Dah dapat madu, sepah dibuang” bukankah itu pepatah orang tua-tua?…


TIP 1 : Baik wanita maupun lelaki, jangan terlalu mudah memberi cinta, meluahkan rasa cinta. Biar kita mudah mesra, dan baik hati tetapi sangat susah meluahkan rasa cinta. Biarkan cinta lumat di dalam jiwa namun tidak sekali kuluahkan haaa… Barulah CINTA akan BERGETAR di dalam jiwanya. So, pendam dan simpan cinta anda tu…dia akan dapat merasa walau tidak diluahkan, itu baru benar-benar cinta!


2. Mungkin anda Cepat mahu komitmen 
Bagai menghalau dia pergi, begitulah apabila perkenalan yang sesingkat itu sudah lafaz kata cinta, sudah anggap kekasih sejati, bercakap bagai sehidup semati, terus-terusan berbual soal anak-anak nanti, sudah berbahasakan diri Mama/Papa…Bila keluar berkepit macam tak nak lepas…WO!!


TIP 2 : Bukan tak mahu komitmen, tetapi jauhinya dulu. Setiap perhubungan perlukan satu penyesuaian yang betul-betul serasi, barulah boleh anda membuat komitmen, barulah boleh declare couple. Takkan baru keluar dating sekali dah couple? Takkan baru siang malam chatting belum jumpa dah jadi kekasih sejati? Berikan ruang kepada anda dan dia… cuba mengenali hati budi masing-masing at least setahun dua… biar di jiwa tu meronta-ronta barulah CINTA BERGETAR then mungkin, barulah boleh serius! Jangan cepat-cepat nak kan komitmen beb, relax…


3. Mungkin anda Terdesak –
Hehehe… ini memang biasalah bagi mereka yang kurang pengalaman dalam cinta. Atau yang baru putus cinta. Nampak begitu teruja sangat nakkan cinta. Terlampau terdesak dahagakan cinta. Sehinggakan yang lelaki nampak macam nak makan wanita, yang wanita nampak macam dunia dah nak kiamat. “aku nak kat dia, aku naaakkk…dia lah saja yang aku nak, tak ada orang lain dah yang boleh ganti tempat diaaa!!” ….AYO?!!


TIP 3 :  Relax beb, jangan over…sebenarnya jika anda kurang tunjuk mahu, buat-buat macam tak mahu. Orang akan lebih berminat dengan anda. Buat mahu tapi malu…atau seolah-olah tidak berminat tetapi dalam hati BERGETAR-GETAR CINTA…well dia juga akan bergetaran cintanya!


4. Mungkin Emosi anda melampau –
Sikit-sikit marah, menangis, cemburu, benci dan tak suka itu dan ini. Perkara kecil pun dibesar-besarkan. Belum ada ikatan apa-apa pun, bergaduh, bertekak, tak setuju itu dan ini. Jelaslah anda telah memberi tekanan yang amat dasyat kepada pasangan anda haaaa…memang cepatlah putus cinta! Tak perlu nak tanya mengapa lagi lah.


TIP 4 : The best thing to do is, JANGAN tunjukkan langsung emosi anda. Biarkan dia tertanya-tanya dan ternanti-nanti, “Eh apa yang dia rasa ya…macam tak ada apa je??!” Haha…padahal Tuhan sajalah tahu betapa anda ingin menunjukkan emosi anda. Biarkan!…biarkan ia menjadi tanda tanya. Dia mesti ingin anda tunjuk emosi belas kasihan, sedih, rindu, sayu, sendu, marah,…tapi anda buat tak tahuuuu je….haaa, sure CINTA BERGETARAN kegeraman!


5. Mungkin anda Membuka pekong –
Oleh kerana terlalu cinta anda asyik bercerita kepada dia tentang kisah anda sehingga anda menceritakan segala-gala kisah hitam anda dulu-dulu. Habis anda ceritakan segala-gala pekong di dada. Segala keburukan anda, kejahatan anda, kesyaitanan anda semua dia tahu. Do you think dia akan tunggu anda lagi?


TIP 5Yang penting sekarang, bukan dulu! Nak terima cinta …terima yang sekarang. Sekarang anda sudah baik, sudah berubah itu yang dikira. Yang dulu tidak perlu dicerita, tidak perlu pun dia tahu. Kalau nak tahu sangat boleh belah! Dalam bercinta, kita kena buatkan diri kita misteri., hehe…tetapi masih ramai yang suka menceritakan kisah dirinya sekaligus 100%. Koyak laa… you all kena simpan at least 20-30% of your life, biarkan ia jadi misteri, sehingga dia tersangat ingin tahu, amat curious tentang anda, “Isshh, siapa dia ni sebenarnya? Apa rahsia dia? Apakah perkara yang dia tak nak beritahu tu walau berkali aku tanya?”…ahh, keep it as your secret je. Biarkan dia tertanya-tanya…keep it to yourself, barulah CINTANYA BERGETAR!



Pastinya anda akan bertanya ALL this tips, berapa lama nak tahan ni hehe :) Well, kalau I, I akan cuba tahan selama-lama yang mungkin…at least bertahun-tahun amacam? Boleh? Good luck boys and girls .

Thursday, May 10, 2012

Jika Kau Bercinta Lagi....


Sememangnya, apabila putus cinta, ianya menyakitkan, kita terluka, kita rasa berat untuk bercinta lagi. Jadi, bagus juga jika kita tahu langkah-langkah terbaik sebelum kita kembali dalam arena percintaan, at least kita ada serba sedikit panduan agar kita tidak tergelincir dan melakukan kesilapan yang sama.
So, di sini saya ingin memberi beberapa tips khas buat anda yang sudah mulai ingin mengambil langkah membaik pulih diri, dan ingin terjun ke kancah percintaan. So here goes, JIKA KAU BERCINTA LAGI :-

Tip 1 – TERIMA BERAKHIRNYA CINTA LALU. 
Tidak semestinya selepas putus cinta, kita kena terus bercinta lagi. Take your time seketika, be single for a while… dan sebelum anda mula bercinta lagi, perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan menerima kegagalan lalu. Terima kenyataan yang cinta yang lepas itu sudah berakhir! – Lagi cepat anda terima kenyataan itu, lagi mudah untuk anda mula FEEL untuk membuka hati pada cinta yang baru, dan boleh mula bercinta lagi.

Tip 2 – BERSEDIA MENERIMA. 
Mana ada, wanita baik untuk lelaki yang baik? No such thing! Allah selalu menduga manusia itu dan memberikan cabaran untuk kita bersabar, berfikir dan memilih jalan yang terbaik. Sebab itulah walau kita baik, tetapi dapat pasangan yang menyakitkan hati, mengecewakan, curang dan sebagainya KERANA kalau dapat yang baik, sama, sesuai, mana dugaan dari Tuhannya?  Yang penting, JIKA dia bersedia untuk berubah, kita kena sedia menerima dia yang tidak sempurna, dan sama-sama berusaha ke arah keberkatan dari Yang Maha Esa.

Tip 3 – AMBIL MASA UNTUK BERKENALAN. 
Berapa lama? Selama yang boleh sehinggalah anda benar-benar mengenali orang baru itu. Jangan terus-terus couple, terus sayang, belum apa-apa dah I love you, adoi hehe.. Jangan cepat bercinta lagi, tetapi kena cepat berkenalan agar anda tidak ‘berkarat’ dalam cinta. Cuba kenali dia, fahami dia, dan tanya pada diri adakah dia, sesuai untuk masa depan atau sekadar di pinggiran saja. Take your time… jika dia serius, jujur, dia akan tunggu anda. Kalau dia nak cepat-cepat tu, selalunya tak kemana perhubungan tu, end up break ups juga.

Tip 4 – BE HAPPY. 
Putus cinta memang frust, sakit, kecewa, ya kita semua tahu tu. Tak perlu cakap. Yang kita kena ingat, selagi kita begitu, kita tidak akan dapat bercinta lagi. So, BE HAPPY! Enjoy waktu anda single ni, sementara sebelum couple balik. Bahagiakan diri anda bersama kawan-kawan, keluarga, just enjoy hidup tanpa kekasih. Berkenalan dengan ramai orang dan mesrakan diri anda serta feel the happiness. Anda akan lihat perbezaan di wajah anda nanti. Bila kita happy, cinta pun akan happy untuk hadir bercinta lagi.

Tip 5 – BUKA HATI SELUAS-LUASNYA. 
Nak bercinta lagi, tak boleh buka sikit-sikit hati tu, kena buka seluas dunia yang terbentang indah ini. Rasakan kenikmatan CINTA itu dengan memberi peluang pada diri anda sendiri untuk mengenali dunia yang belum pernah anda kenali. Jangan merasa takut, jangan pula merasa tidak setia. Sedangkan anda belum pun ada ikatan apa-apa dengan sesiapa. Ishhh… bestnyerrr siapa yang masih single tu kan, ada yang naaak je kat kita, dia ni nak bercinta, dia tu bertanya khabar, dia ni nak berkenalan, kita akan merasa amat dihargai hehe… BUT hey, itu hanya terjadi jika anda buka hati dengan seluas-luasnya!

Tip 6 – CINTA LALU JADIKAN PEDOMAN. 
Now you’ve found the right person to be with lah katakan, so kutip balik, ingat balik semua kenangan terindah yang lepas-lepas tu, gunakan untuk bahagia bersama cinta baru. TAPI, janganlah nak banding-banding pula ya. Gunakan pengalaman lalu sebagai panduan untuk mencipta kenangan yang lebih indah bersama orang baru dalam hidup kita. Jangan pula teringat betapa bahagianya anda dulu dengan kekasih lama, sebaliknya penuhkan minda anda dengan berfikir berbagai cara bagaimana untuk bahagia dengan kekasih baru.

Tip 7 – JANGAN JADI DESPERATE. 
Bila kita pernah kecewa, kita ditinggalkan kita akan merasa teramat sunyi. Tambah tension bila kita tahu bekas kekasih kita tu sudah punya kekasih baru. Di sinilah kita akan jadi seolah-olah TERDESAK yang amat sangat. Lalu keputusan kita selalunya, tidak rasional dan kurang bijak! Sesetengah tu, cepat-cepat nak bercinta lagi tanpa mengira dengan siapa kita jatuh cinta. That’s bad! Tenang… , be cool… slowly, perlahan-lahan kita akan bercinta lagi. Jangan terlalu mendesak keadaan itu kerana, ramai lagi orang yang mahu mengenali kita dan bercinta dengan kita. Just the matter of time... Sabar, ada lah tu di luar sana nanti. Yang penting, jangan desperate dan YAKIN dengan KEINGINAN anda!

Tip 8 – JANGAN BERI SEMUA CINTA. 
Sudah berapa kali anda putus cinta? Notis tak semuanya kerana anda telah memberi segala-galanya pada dia? Jadi kali ini, jika anda bercinta lagi, SIMPAN sedikit perasaan anda itu, simpan sedikit cinta jangan beri kesemuanya. Maksud saya di sini, biar ada sedikit rasa untuk anda berikan lagi nanti. Jadi, barulah pasangan anda akan sentiasa inginkan cinta dari anda kerana cinta yang diberi masih tidak mencukupi. Dia mungkin akan komplen dan tidak puas hati. Biarkan dia begitu… anda kena tegas, dan diamkan perkara ini. Pedulikan apa yang dia kata, sebaliknya berikan sedikit-sedikit sahaja. Biar apa yang diminta, tidak semua yang dia dapat, barulah dia akan sentiasa menagih cinta dari anda. Jika anda beri kesemuanya apa lagi yang dia mahu? Nothing…Koyak lah…

Tip 9 – CINTAI DIRI SENDIRI.Sebelum anda bercinta lagi, cintailah diri anda sendiri! Jika anda tidak cinta diri anda, bagaimana orang lain mahu bercinta dengan anda? – Ini serius ni, Bro Razzi selalu sangat temui mereka yang rela diri diperlakukan sesuka hati pasangannya. Terseksa jiwa, batin dan sebagainya semua kerana terlalu mencintai pasangannya. Sedangkan pasangan dia tidak cintainya lagi, tinggalkan dia tanpa sebarang berita, malah membiarkan dia begitu saja tanpa sebarang kasih sayang. So, cintai diri anda betul-betul dan fikirkan diri anda terlebih dahulu sebelum anda mahu bercinta lagi. Ingatlah pada keluarga yang mencintai anda selama ini. Adakah mereka sanggup melihat diri anda diseksa orang lain?

Tip 10 – TAKE THE CHANCE. 
Tawakkal pada Allah dan redha dengan ketentuannya. InsyaAllah, anda akan berjaya. Sekiranya hadir sudah dia yang buat anda berdebar-debar di jiwa, buat anda tersenyum lebar sentiasa… JANGAN merasa risau, ambil peluang itu dan bercintalah lagi. Jangan takut pada kegagalan. Kerana kegagalan adalah jalan menuju kejayaan. Setelah amat mengenalinya, setelah mengambil masa, setelah ramai yang sudah anda kenali, tahu semua isi hati, budi pekerti, maka jika dialah pilihan untuk anda bercinta lagi, GO AHEAD! Take the chance.


Bercinta lagi, tetap bercinta lagi punya. Takkan sampai bila-bila kita nak melangut, meratapi orang yang telah pergi kan, orang tengok kita pun naik cemuih. Kita tengok diri kita sendiri pun, naik bosan. It’s okay to be afraid to fall in love again, but it’s not okay if you giving up!
“Lihat anak-anak kecil, setelah beberapa kali mencuba untuk berjalan tetapi tetap rebah. Jatuh, sakit, menangis, namun, adakah anak kecil ini, berhenti dari mencuba untuk berjalan? Mereka terus mencuba dan akhirnya dapat bangun, berjalan dan berlari akhirnya!”
I’m sure, anda juga begitu sewaktu anda masih lagi anak kecil… tetapi mengapa anda lupa sikap ketabahan anda yang Allah telah semaikan sedari kecil itu?



"Jika gagal dan gagal lagi tu it’s GOOD, sebab kita boleh belajar dari kesilapan percintaan lalu, untuk miliki cinta baru dengan cara yang lebih baik. Jadi jika KAU BERCINTA LAGI, ikutilah panduan-panduan yang telah diberi, selamilah pengalaman-pengalaman lalu yang telah bersemadi dalam diri. Moga segala-galanya dapat memberi satu cinta yang sejati suatu hari nanti!"


KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...