Tuesday, February 26, 2013

KISAH INDAH KITA


"Entah harus dari mana, ku memulai kata-kataku.. Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku.. 

Bukan, bukan keinginanku.. "



Perjalanan dalam meniti kehidupan adalah pelajaran untuk kita supaya kita bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran yang sebentar lagi akan kita tempuhi. Begitu juga aku dan kamu, tak siapa yang tahu seperti apa sebenarnya apa yang kita alami selama ini.

 Apa selama ini kita bahagia atau Menderita, tak siapa yang tahu.. Begitu aku. Banyak kesulitan yang aku perlu hadapi .. Tak perlu aku ceritakan. Aku beruntung kerana masih dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyokong aku dari belakang.. 

Mungkin bagi mereka yang tidak begitu mengenali aku akan mengangap aku ni seorang yang sukar didekati. Ternyata, sejarah yang menjadikan aku tertutup begini.

Mudahnya aku untuk melupakan masalah..tapi memori masih juga sentiasa bermain-main dalam ingatan. Aku sendiri tidak tahu apa aku berdendam atau tidak. Tapi aku tidak membenci. Aku sudah puas menangis. 


 Maafkan aku jika aku tidak sempurna. 

KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...