Wednesday, December 7, 2011

CINTA LOKASI ??...

Dah lama rasanya aku tak mengupdate BLOG aku nie.,banyak benda yang aku terlepas nak cerita. Yang terbaru, kisah cinta aku, dengan seorang jejaka.. hehehe... Relexs..,bukan cinta betul-betul p0n.. Sekadar cinta berdasarkan watak dalam fiLem yang kami lakonkan.. Sebenarnya baru-baru niy, aku ada terlibat dgn penggambaran filem pendek, bersama beberapa orang lagi pelakon lain. Aku sendiri tidak menyangka aku sebenarnya boleh berlakon.. Pada mula nya aku agak kekok.,tapi,lama kelamaan, bila dah serasi dengan pelakon-pelakon lain, baru aku sedar, lakonan ini tidaklah sesukar mana p0n., yg penting kita kena menjiwai watak yg diberi. Watak aku dalam cerita tu,Melor.,aku memegang watak seorang isteri kepada Mat Kilau, seorang pejuang/pahlawan melayu,.. Watak aku agak mencabar, apabila aku perlu menjadi seorang isteri,yg terpaksa mengharungi cabaran bersama-sama suaminya, yg difitnah oleh pihak British, sehingga akhirnya, dia terpaksa berpisah dengan suaminya,kerana suaminya ingin menyelamatkan diri drpd serangan orang kampung.. Ada scene aku terpaksa mengalirkan air mata, tetapi air mata tak nak jugak keluar2..hahahah... nasib la kan.... cabaran utama aku nak berlakon niy,muka aku yg suka tersenyum. Watak tu,aku kena serius,tapi muka aku senyum... Nasib la...hahahhaa... 

No comments:

KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...