Wednesday, September 28, 2011

BUKAN CINTA BIASA


Apabila bicara tentang cinta, semua orang kata TAHU. Walhal masih ramai yang cetek tentang CINTA. Diri sendiri berada diawangan dan delima antara tuntutan perasaan, keluarga atau nafsu.

Apakah yang maksudkan dengan CINTA ?

Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.

Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks  cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.

Kata pujangga Shakespeare :
"Cinta dapat menjelmakan haiwan menjadi manusia dan manusia menjadi haiwan".

Demikianlah besar dan hebatnya pengaruh cinta dalam emosi manusia. Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta Itu Buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk celaru.

Cinta Buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu TIDAK SAMA dengan cinta terhadap Allah.

Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu. Yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri.


Jenis-Jenis Cinta

1) Cinta Sayang
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.

2) Cinta Buta
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.

3) Cinta Simpati
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.

4) Cinta Paras Rupa
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.

5) Cinta Romantik
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.

6) Cinta Nafsu
Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk  menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.

7) Cinta materialistik
Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.

8) Cinta Biasan
Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.

9) Cinta Kecundang
Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional.  Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.

10) Cinta Sempurna
cintakan persahabatan

kenangan yang dicipta menjadi pengikat kasih sayang antara satu sama lain...

apa yang penting! kerjasama!hahaha...tak da kena mengena p0n!
Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.


Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.

Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.

Sunday, September 25, 2011

siaraya @ c0nvex 2011

gadis-gadis c0meL siaraya@c0nv0, org penang ada,org perak ada, org sabah ada..terbaik w0k......
bersama-sama KJ , mt c0nvex, serta penyelaras2 jabatan  siaraya
wah! mesra gituuuu.......
aktiviti yg tak ada dalam list...hahaha..pagi sume marah2,tapi lepas tu sume have fun!kan?
yeah! f0r sure segalanya sudah p0n berakhir semalam...banyak kenangan tercetus gara-gara c0nvex,event pertama yg aku j0int kat usM.. best lar,dapat kwn-kwn baru, mcm fiqa,sierra,lina,yanie, mei fam,sunny, kak yana, kak shasha, kak sherra, kuch0i,najia,adam,j0hn,syaber,ping s0on,die, sape g erk aku tak sebut??ahh.,lupa plak kat wan,saiful,and the m0st imp0rtant pers0n in siaraya, mr.hanif...tak dinafikan, banyak benda yg aku belajar dari event nie. .bkn sekadar menambah pengalaman tapi aku jugak dapat rasakan hubungan yg terjalin,antara kami,yg pada mulanya masing-masing tak kenal p0n satu sama lain.,ofc0urse la bagi budak2 1st year kan??tapi,akhirnya kami semua dah jadi macam 1 famly.,aku respect gan barisan pimpinan siaraya, sgt sp0rting, dan jugak very supp0rtive. aku sendiri asa mcm kehilangan sejak c0nvex berakhir semalam. pagi tadi bangun je dari tid0w, aku teringat hari2 aku bangun awal pagi, bjalan ke tapak eksp0 s0rang2, duduk kat sana sampai petang...sedih gak arr bila tak dapat buat bising gan kgkwan agy..hee..hee..hee..

Thursday, September 22, 2011

MATA,HATI & JIWA Part 1

pelik kan tetibe jew kuar tajuk mata,hati, jiwa nie.??..bkn nya aku nk masukkan lagu kat sini.,tapi aku nk luah'kan apa yg tersihat dan tersurat yg berlaku pada diri aku sebenar nya... beberapa hari nie aku telah terlibat dgn 1 pr0gram, kat kampus,memang tak dinafikan,pr0gram nie memang best..aku enj0y dengan event nie.. tapi tu la,di sebalik kegembiraan ,,ada juga kesedihan & kesentapan yg berlaku.. best nye sebab aku dapat berkenalan rapat dgn seni0r2 yg sememangnya sp0rting,  selalu je beri peluang kat kit0rang, sesetengah nya nmpak excited bet0l nk rapat2 lagi gan kami juni0r2.. hari nie ,aku diberi peluang menjadi juruacara majlis.. memang cabaran besar.,sebab aku memang tak ada persiapan , persediaan langsung.. pagi tadi bangun je tidow, aku dapat mesej dari s0rang kwn, cakap yg aku kena jadi mc brsama2 2 org lagi teman. .mula tu memang arr aku agak nerv0us sebab aku tak pernah ,j0in event yg aku kena cakap secara sp0ntan..selalu nya law aku jdi mc p0n utk acara yg lebih f0rmal,yg ada skrip,..yg nie memang bet0l2 menduga kecerdasan 0tak, dan juga keberanian diri aku.. sehingga pada saat akhir aku memilih untuk men0lak tepi suma ketakutan yg ada dlm diri aku,& cuba menyahut cabaran ini.. ..alhamdulillah, walaupun dlm keadaan yg kurang sihat, (tekak aku perit, bdan aku panas,demam actually) tapi aku j0in gak event nie bub aku tak nak kecewa kan seni0r2 aku.. bub aku tawu, di0rang dah bersusah payah utk event nie sebenar nya.. pertama kali aku berdiri di atas pentas , tangan aku terketar2 macam org ada parkins0n, tapi lastly aku bleh jgk pegang mic ... actually sepanjang pr0gram yg berlangsung tadi,smua nya berjalan lancar., sehingga acara penutup, ..

Wednesday, September 14, 2011

keSiBuKan kEbingUNgan

begini la agak nya kehidupan di universiti,semenjak hari pertama aku di sini,ada saja aktiviti yg di buat.. alhamdulillah.. aku dpt hadapi semua dgn tenang. buat masa nie tak da la nk mngamuk agy kan......hehehe... hari ni masuk hari ke-9 aku di usm. tugas makin banyak,tambahan plak semenjak aku join c0nvex usm.. dari awal2 pagi lagi,aku dh kuar g dewan kuliah,yg sepatutnya mula kul 10 aku pergi kul 9pagi..hehe..maklum la awal pagi still mamun(kurang kesedaran lepas bangun dari tidur), lepas tu aku g blik lec, atur jdual utk tutorial, g kuliah agy..petang plak ada meeting,.. smpai mkn p0n tak sempat. perot aku smpai berlagu macam2 lagu dah,agak nye dah bape kilo berat aku turun erkk??h0pefully banyak la..haha!dijadikan 1 cerita,lepas meeting ptg tuu aku nak balik h0stel nk mkan,naik la bas,malang giler l0ceng bas tu tak function,terus je dia jln sampai Dwn Utama Plajar. kat sana jumpa mmber yg nak g klas utk mlm plak. .kbetulan aku p0n nk j0in klas tu,tpaksa la aku mnahan lapar dan dahaga sbab kbnyakan kdai mkn dh ttup bila mlm.. lpas kuliah baru aku jumpa kdai jual r0ti.,dpt jugak aku melapik per0t ku yg sudah bker0nc0ng tahap cipan nie..sbb aku nk 0tw g meeting agy lepas tuu..dh sttle suma baru la aku dpt mkn nasi... lega betoiii...hehehe.. ermm... es0wk ada Kempen Derma Darah plak..awal2 pagi lgi aku nk kena bangun. baik aku g tidow dulu...bub dh bape hari aku tak cukup tidow nie...bak kata s0rang br0ther nie,mata aku dh mcm mata panda...haha! thank y0u bc0z telling me this..law tak sampai bila p0n d0k tak tawu ..

Saturday, September 10, 2011

AKU SISWI

alhamdulillah...syukur sgt2 setelah pelbagai duri ranjau.,halangan bertubi2 menimpa diriku,kini aku sudah bebas...aku sudah bgelar se0rang mahasiswa,di sebuah univrsiti yg ckup indah...lagi Aman Damai(nama hostel yg aku dok)...hahaha...mas0k hari nie.,campur,t0lak drb bhagi,aku dh 6 hari kat US m nie...perghhhh..,, awal2 nie memang arr.,mana2 p0n letih kan..tapi best! aku xm0 mrungut bnyk2,bub aku taw,aku dh dpt tmpat yg terbaik di mlaysia nihh..sejak mula masuk,smpai hari ni,stiap hari waktu kmi sntiasa dipenuhi dgn plbagai aktviti..pagi dgr tklimat,tgh hari tklimat,ptg tklimat,mlm....tklimat....tghmlm ...tklimat....mmg agak rushing,dgn jauh nye nk ke ssuatu tmpat tuu,tuhan saje yg tahu...sakit lutut mkcik.. tp dh lama2 asa ok la..cuma cair sikit bedak yg di pakai..hehehe...ape p0n,fara gan bedak ttp xdpt di pisah kn nuh?? wtvr....bnyk jugak pngalaman yg aku dpt slama 6 hari nie.,dpt kenal kwn2 baru,dri plbagai plos0k ngara,mcm2 budaya ada,mcm2 prangai,peel, yg kdg2 asa bleh trima,kdg2 asa xbleh trima dek akal....tp apa b0leh buat,org kata,Tak Kenal ,Maka Tak Cinta... humm.,,ntah knp,sejak mnjejakkan kaki kat menara gading nie,kaki aku trasa g0yah....g0yah,bnyk sgt aku ase mjadi halangan...xtawu la,sama ada aku ni tak0t, xdak kyakinan diri atau aku mmg sbnar nya xlyak brada di sni??ahhhh....semua nya baru bermula...kalow kita tahu kita ada di thp mana,faham2 sndiri la,dan mula bt prubahan...biar la apa pn pndangan org trhadap kita,aku tetap nk jadi diri aku... aku xbleh bt apa kalow org tak suka kn cara aku...huarghhhh.,ngant0k la...nk tidow arr...es0k ada prgram agy...daaa

KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...