Wednesday, December 21, 2011

DI SINI SEGALANYA BERMULA.....

Hari pertama : Tiba di Kem Paya Pahlawan, bersiap sedia mendengar arahan seterusnya., (cek tak suka camping!! )

Ini nama dia TAMAN PERMAINAN., taw ka tak taw??

Tasik dia bes0w gila bes0w., aku kena berenang dalam tu., sebaek tak da buaya., buaya darat ada., HEHEHE

Ingat lagi kenangan cirit birit, jenuh pergi t0ilet makcik oihhh...

Ishh., muka BBNU ( budak baru nak up ) gilerrr., hehehe
Family MPD Aman Damai 2011/2012

Peace Yowww

Alhamdulillah....selesai sudah sesi mengekem kat USM niy.... Walaupun pada mulanya aku tak merelakan diri aku untuk terlibat dalam kem-kem niy, akhirnya aku sendiri rasa berat hati nak tinggalkan tempat tuu...banyak sangat kenangan tercetus., bahagia sangat dalam hati niy..(chewahhh....) hahahah....
Kem kali niy buat kat Paya Pahlawan , Kedah.
Sangat cantik tempat dia.,dikelilingi tasik....
Apa yg berbeza kem niy dgn kem-kem lain yg pernah aku j0in,kem niy sangat releks.,0verall ok la...Walaupun ada jugak beberapa kejadian yg wat kem niy tak bape nk perfect.
Pertama kali aku jejakkan kaki di Kem Paya Pahlawan niy aku rasa agak berat hati, sebab tak0wt 
kena buat aktiviti-aktiviti lasak yg sememangnya aku tak suka..hehehe..
tapi sebenarnya tak de p0wn.,
Kem Kom sangat sp0rting, enj0y la..aku enj0y kem niy..
Tambah-tambah plak kem niy aku tak 'kes0rangan'...
Kenangan yg paling aku tak dapat lupa, bila kami berdua-duaan di atas kayak..
Wah! So dramatik...hahahah!
Rasa macam tak nak balik p0n ada time tuhhh..
Malam nya pulak, night walk.,kahkahkah!
lagi best, bila ada s0rang niy yg berani sgt mulanya, last2 lari lintang pukang bila ternampak 
'hantu p0cong'..(hahahaha...actually tu hnyalah satu taktik pihak pngurusan nk menakutkan kami)
Tapi, syukur...lepas dah bertakut-takutan, kami beramai-ramai tidur sambil melihat bintang dilangit...
Bukan senang nak dapat kenangan ini, 
seriously aku cakap, sepanjang hid0p aku join kem,
Aku susah nak rapat dengan mana-mana individu yg baru aku kenal..
tapi kem niy.,kami mcm sebuah keluarga..
Aku b0leh melepak dgn exco-exco yg sebelum niy aku pernah bagi tanggapan negatif pada mereka..
Bila dah kenal,baru aku sedar..kita sebenarnya tak boleh meletakkan sebarang tanggapan terhadap orang yang kita tak kenal..
Banyak,banyak,banyak pengajaran yang aku dapat dari kem kali niy.,alhamdulillah..

Wednesday, December 14, 2011

HAMPA HATIKU.,

Keseorangan,..
ya.,itu yg aku rasai saat ini, hidup sendirian..
....kenapa baru hari ini aku sedar??
Aku sebenarnya tidak boleh hidup sendirian..aku memang perlu bergantung kpd seseorang yg brnama lelaki..
Seseorang yang mampu menjaga aku,mengambil berat tentangku..
mencintaiku,dan menyayangiku...
Hari ini aku keseorangan lagi.....setiap hari.,,
jejak langkah ku terasa sunyi...
aku berlalu dengan fikiran yg kosong.,
aku memandang sepi sekelilingku.,
Keseorangan aku disitu.,di kaki bukit,aku ditemani air mata yg tidak henti-henti mengalir..
Suatu ketika dulu, aku Pernah rasa bahagia...
Aku pernah miliki seorang insan yang begitu mengambil berat tentangku,
begitu mencintaiku, dan sanggup bekorban untuk ku...
tapi hari ini??
tidak... aku sedar aku tidak lagi rasa bahagia seperti dulu..
kesakitan,kepedihan, dan kelukaan..
Hati ini seolah-olah sedang berkecai.,remuk perlahan-lahan..
terlalu sakit....terlalu perit...aku kecewa
Apakah ini satu Karma buatku??
aku menolak cinta yang datang padaku.,
dan cinta yang aku harap-harapkan semakin menjauh dariku...
Cinta datang tanpa diundang, Cinta pergi tak dihalang.,

Ya Allah.....ampunilah hambamu ini.,sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa...yg tidak lari daripada melakukan kesalahan...

Sunday, December 11, 2011

OMBAK RINDU ...~~~~

TUHAN TOLONG LEMBUTKAN HATI DIA
UTK TERIMAKU SEADANYA..
KERNA KU TAK SANGGUP
KERNA KU TAK MAMPU
HIDUP TANPA DIA DISISIKU..

TUHAN AKU TAHU BANYAK DOSAKU..
HANYA INGAT KAMU KALA DUKAKU
NAMUN HANYA KAMU
YANG MAMPU MEMBUKA
PINTU HATINYA TUK CINTAKU....

MALAM......
KAU BAWALAH RINDUKU
UNTUK DIRINYA YANG JAUH DARIKU,
AGAR DIA TIDAK KESEPIAN
SELALU ADA RASA CINTA AGUNG....

HUJAN......
BAWA AIR MATAKU YANG MENGALIR
MEMBASUH LUKAKU
AGAR DIA TAHU KU TERSIKSA,
TANPA CINTA DIA,DIHATIKU.......

>>lirik lagi ombak rindu.,memang berombak-ombak rindu ku :) <<<<

Thursday, December 8, 2011

SEPI TANPA CINTA

Memang benar kata orang,'ikut hati mati,ikut rasa kita binasa'.. Seperti apa yang aku sedang alami sekarang niy, membuat aku kebingungan. Apakah aku kini berada dilandasan yang betul?? Tapi,mengapa hati aku tidak tenteram...seolah-olah ada sesuatu yang cuba aku sembunyikan. Ya! Aku cuba sembunyikan yang aku sebenarnya sedang dilanda gelora cinta...Aku....tlah jatuh cinta.. Namun, hati ini cuba menolak perasaan itu jauh-jauh.. Aku tidak  mahu terluka kerna nya lagi.. Entah la, bukan tidak ada insan yg bernama lelaki yg cuba mendekati aku, tapi aku tidak boleh menerima kehadiran mereka dalam hidup aku.. Setiap kali ditanya,aku pasti menjawab, aku tidak mahu ada komitmen.,belum bersedia.. hahaha.,jawapan yg agak klise.. Apakah aku ini seorang gadis yang tidak tahu bersyukur?? Sekurang-kurang nya masih ada yang mahukan aku.. Aaahhhh...! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Siapakah yang sebenarnya aku sedang nantikan????aku keliruuu...... Semoga suatu hari dia sedar kehadiran aku dihatinya..amin.....

Wednesday, December 7, 2011

MENGAPA HARUS ADA CINTA? .,,,,


Apakah yang dimaksudkan bercinta? Mengapa harus bercinta? Cinta itu banyak yang boleh didefinisikan tetapi secara umumnya ialah cinta itu adalah satu perasaan sayang dan kasih terhadap seseorang insan.
Cinta..

Wahai kaum hawa, bagi mereka yang berada di dalam lingkungan remaja, fikirlah sedalam-dalam mungkin untuk bercinta. Ingatlah bahawa anda mempunyai rakan-rakan anda di sekeliling anda. Berkawanlah dengan mereka dan habiskan masa dengan mereka . Yang pasti, selepas kahwin, masa itu akan menjadi singkat bersama kawan-kawan anda!
Wahai kaum hawa, anda mempunyai ibu bapa yang menyayangi anda. Bantulah dan jagalah mereka sementara anda belum berkahwin. Selepas berkahwin, masa anda dengan ibu bapa anda sedikit terhad kerana keutamaan perlu diberi kepada suami anda kelak!
Wahai kaum hawa, bersediakah anda jika anda ditinggalkan pasangan? Fikirkan pula kesanterhadap diri anda yang telah dilukai. Jika benar, dia sayangkan anda, dia akan berjumpa  dengan ibu bapa anda dan tidak akan menyentuh serta sanggup tunggu anda.

Wahai kaum hawa, sesungguhnya seorang lelaki itu seharusnya menghormati anda. Kaum 
hawa adalah perkara yang paling ajaib di dunia yang dicipta oleh ALLAH. Kaum hawa juga 
bukanlah mesin melahirkan manusia. Kasihanilah anak-anak yang dilahirkan didunia tanpa 
pintanya. Janganlah engkau bunuh dia….
Wahai kaum hawa yang dikasihi, dengarlah nasihat islam yang terakhir iaitu, carilah cinta itu melalui hati, bukan melalui paras rupa. Bersabarlah jika anda masih belum menemui cinta anda kerana cinta pertama itu lebih indah jika dibawa ke pelamin!
Cinta ALLAH itu hakiki, cinta manusia itu sementara!

CINTA LOKASI ??...

Dah lama rasanya aku tak mengupdate BLOG aku nie.,banyak benda yang aku terlepas nak cerita. Yang terbaru, kisah cinta aku, dengan seorang jejaka.. hehehe... Relexs..,bukan cinta betul-betul p0n.. Sekadar cinta berdasarkan watak dalam fiLem yang kami lakonkan.. Sebenarnya baru-baru niy, aku ada terlibat dgn penggambaran filem pendek, bersama beberapa orang lagi pelakon lain. Aku sendiri tidak menyangka aku sebenarnya boleh berlakon.. Pada mula nya aku agak kekok.,tapi,lama kelamaan, bila dah serasi dengan pelakon-pelakon lain, baru aku sedar, lakonan ini tidaklah sesukar mana p0n., yg penting kita kena menjiwai watak yg diberi. Watak aku dalam cerita tu,Melor.,aku memegang watak seorang isteri kepada Mat Kilau, seorang pejuang/pahlawan melayu,.. Watak aku agak mencabar, apabila aku perlu menjadi seorang isteri,yg terpaksa mengharungi cabaran bersama-sama suaminya, yg difitnah oleh pihak British, sehingga akhirnya, dia terpaksa berpisah dengan suaminya,kerana suaminya ingin menyelamatkan diri drpd serangan orang kampung.. Ada scene aku terpaksa mengalirkan air mata, tetapi air mata tak nak jugak keluar2..hahahah... nasib la kan.... cabaran utama aku nak berlakon niy,muka aku yg suka tersenyum. Watak tu,aku kena serius,tapi muka aku senyum... Nasib la...hahahhaa... 

KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...