Posts

Showing posts from April, 2012

AKU KEHILANGAN SAYANG. . . .

Bertahun aku berbicara soal Cinta, berkurun aku bergelumang dengannya.. Apakah aku sudah merasainya? Apakah aku pernah diselimut reda dengan sentuhannya, tenang setenang hujan rintik, diam dibalutinya? Kadang aku kaku tanpa sebarang tutur... longlai, lesu seluruh saraf.. hati bagai bertanya, Jiwa bagai menginta di balik daun-daun yang menghijau. Sayang, dimanakah kau ghaib dari kanta?  Kasih, kemanakah kau lenyap, di celah-celah kabus yang mengelilingi aku? Apakah aku harus terus menjenguk, melilau, mendamba, mengungkap tutur basi? Ya... aku sayang padamu... Bisakah itu dapat membawa kau pulang ke kelembapan malam , dingin pagi, lemah ombak menampar pantai, lemah lagi jantung yang berdegup.. Berzaman pula aku menunggu dan terus menunggu detik dan ketika kau membawa kembali kehangatan cinta. Namun seperti helang berpindah sarang, takkan kembali serupa silam... Apakah sudah sampai ajal cinta ini? Sayang, kemanakah kau menghilang? Bagai sudah tiada rasa, bagai kalbu sudah tiada resah, bagai tapak tang…

GEISHA _ Kenangan Hidupku

Image

TENTANG CINTA

Jam sekarang 5:09am. Menandakan yang sebentar saja lagi akan masuk waktu Subuh.  Dan ketika ini, aku masih belum dapat melelapkan mata. Entah kenapa,sejak akhir-akhir ini,aku sukar tidur.  Sepertinya aku sedang memikirkan sesuatu.  Beban yang aku tanggung semakin berat dari hari ke hari. Ternyata aku hanya pandai menulis, menzahirkan sesuatu melalui sudut mata pena. Namun, aku gagal menjadi pencerita yang baik. Zahirnya aku ceria, tapi sebenarnya aku menyimpan beribu duka lara.. Bukan aku berduka kerana Cinta,tidak. Aku tidak akan menyalahkan Cinta, kerana Cinta itu sesuatu yang Indah, yang Suci sifatnya. Anugerah Allah yang hanya manusia dapat merasainya, tidak ternilai harganya. Tetapi duka aku kerana aku yang salah menafsir Cinta yang sebenarnya. Pada aku, Cinta itu pabila dua insan bertemu,dapat bersama, menyatakan Cinta, lalu berkongsi kasih, berkongsi rasa. Engkau memberi, Aku menerima. Begitu juga sebaliknya. Entah sampai bila semua ini akan berakhir. Aku terus diduga. Terkadang aku terfi…