Thursday, October 13, 2011

CINTA DATANG LAGI??...

Cinta>>>;mudah datang mudah juga pergi... dah lama aku tak berbicara mengenainya. Bila aku mula berbicara tentang Cinta, hati aku mula berdegup kencang..fikiranku merawang entah kemana.,memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.. Entah kenapa, semakin aku dekat dengan Cinta, semakin aku rasa ia menjauh dariku...(wah! dah macam hip0tesis pulak..hehehe) Mungkin juga aku takut untuk kembali mendekati Cinta, kerana kisah lalu ku tentangnya.. (banyak la pulak cintanya.,huhuhuuu) .. Bukan aku menidakkan perasaanku, cuma yang aku rasakan yang terbaik, biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Aku juga Rindu. Rindu ingin merasakan kemanisan dan keasyikan saat-saat perCintaan.. Aku sendiri belum pasti dengan perasaan ku., Apa yang aku nantikan, suatu hari akan ada seorang lelaki yang mampu membuat aku jatuh cinta lagi kepadanya.. Bukan sekadar Cinta kerana asmara dan ghairah. Tetapi, Cinta... yang datang tulus dari hati, mampu menerimaku siapa jua diriku, seadanya aku.. setia menemaniku, tatkala susah mahupun senangku.. Bukan aku pinta Cinta yg Sempurna dari seorang lelaki, kerana aku sedar, kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Aku jua begitu.. Yg aku pinta hanya lah keikhlasan hatinya, menCintaiku, seperti mana aku menCintainya...

No comments:

KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...