Tuesday, April 10, 2012

TENTANG CINTA

Jam sekarang 5:09am. Menandakan yang sebentar saja lagi akan masuk waktu Subuh. 
Dan ketika ini, aku masih belum dapat melelapkan mata. Entah kenapa,sejak akhir-akhir ini,aku sukar tidur. 
Sepertinya aku sedang memikirkan sesuatu. 
Beban yang aku tanggung semakin berat dari hari ke hari.
Ternyata aku hanya pandai menulis, menzahirkan sesuatu melalui sudut mata pena.
Namun, aku gagal menjadi pencerita yang baik.
Zahirnya aku ceria, tapi sebenarnya aku menyimpan beribu duka lara..
Bukan aku berduka kerana Cinta,tidak. Aku tidak akan menyalahkan Cinta, kerana Cinta itu sesuatu yang Indah, yang Suci sifatnya. Anugerah Allah yang hanya manusia dapat merasainya, tidak ternilai harganya.
Tetapi duka aku kerana aku yang salah menafsir Cinta yang sebenarnya.
Pada aku, Cinta itu pabila dua insan bertemu,dapat bersama, menyatakan Cinta, lalu berkongsi kasih, berkongsi rasa. Engkau memberi, Aku menerima. Begitu juga sebaliknya.
Entah sampai bila semua ini akan berakhir. Aku terus diduga.
Terkadang aku terfikir, mengeluh mengenangkan nasib diri yang tidak sudah-sudah. Mengapa aku seorang yang bijak ini, gagal membuat keputusan yang baik untuk diriku sendiri. 
Hidup aku berlandaskan kemungkinan.
Ya!
Tiada yang tuntas. Ternyata aku seorang yang gagal. Gagal
untuk belajar dari apa yang telah berlaku kepada aku,dari sejarah hidup aku yang berliku-liku.
 Aku punya emosi tapi tidak terurus. Terlalu banyak menangis juga telah membuat hati aku semakin rosak, dan gagal berfungsi lagi.
Itu lah yang sebenar-benarnya..
Hati ini telah pun dirosakkan. Sukar untuk aku kembali, memperbaiki diri ini. 
Yang sebenarnya telah lama ia dihancurkan, cuma bezanya kini, aku semakin dewasa. Semakin memahami rentak dunia, realiti kehidupan. 
Tiada gunanya aku menangisi hal ini, kerana yang berlaku tetap berlaku.
Mungkin aku banyak berfantasi, mengharapkan ia menjadi realiti ,yang nyata memakan diri.


FarraLyanna...







No comments:

KISAH KITA PERNAH TERTULIS

Aku tak sangka Begini akhirnya Cerita kisah kita Yang pernah buat kita tersenyum Yang pernah buat kita ketawa Berakhir juga Hari ini ...