KISAH KITA PERNAH TERTULIS


DAHULU
Dahulu aku tidak pernah menyangka bahawa dia adalah dia
Dahulu aku meragui cinta kita
Dahulu aku menyangka engkau tidak pernah cinta
Dahulu aku percaya bahawa engkau telah lupa
LUPA
Lupa kepada kita yang pernah bercinta
Lupa yang kita pernah bermanja
Lupa tentang kisah kita
Lupa pada segala-galanya yang kita pernah ada
ADA
Ada masa aku terkenang
Ada masa aku hilang
Ada masa aku terbuang
Ada masa aku sayang
SAYANG
Sayang, kenapa sering engkau anggap aku ada
Sayang, hari ini kita berbeza
Sayang, hari ini kita sudah tidak sama
Sayang, aku pernah merasa, 
Aku kecewa..
Sayang maaf, Andai itu Takdirnya
Aku terima

#FL

Comments

Popular posts from this blog

Mencari Ketenangan Hati

INTERNSHIP, PERAK Fm.. Untuk Kome aJe!

FINAL YEAR PROJECT - MAKING A DOCUMENTARY